08 December 2008

Dua gol Young mengecewakan Everton

Dua gol pada masa kecederaan menamatkan perlawanan yang menakjubkan di Goodison Park dengan Aston Villa akhirnya berjaya memperoleh kemenangan bagi merampas posisi kelima Liga Perdana Inggeris.

Dua minit memasuki masa kecederaan, Everton telah percaya bahawa jaringan gol kedua  
Joleon Lescott dalam perlawanan ini telah berjaya memberikan satu mata berharga kepada pasukan Merseyside.

Namun 
Ashley Young berjaya mengejutkan mereka 60 saat kemudian.

Villa terlebih dahulu telah mendahului ketika perlawanan cume memasuki 34 saat melalui Steve Sidwell, namun hanya bagi Lescott menyamakan kedudukan bagi pasukan Everton sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun kesilapan Phil Jagielka telah memberikan peluang kepada Young untuk
menyumbat gol pertamanya pada minit ke 54 dan jaringan keduanya dalam perlawanan ini telah mengakibatkan pasukan Merseyside cuma memperoleh satu kemenangan di tempat sendiri musim ini.

No comments: