Ancelotti naik angin


Carlo Ancelotti melepaskan kemarahan terhadap anak buahnya selepas menyaksikan Chelsea dikejutkan kelab kerdil dari Cyprus, Apoel Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Carlo Ancelotti melepaskan kemarahan terhadap anak buahnya selepas menyaksikan Chelsea dikejutkan kelab kerdil dari Cyprus, Apoel Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Pengurus The Blues itu melabel aksi pemainnya itu sebagai yang terburuk pernah dipamerkan sejak di bawah kendaliannya apabila kesilapan John Obi Mikel membuka peluang Apoel Nicosia menyamakan kedudukan 2-2 pada lewat permainan.

“Ia adalah aksi terburuk pernah saya lihat sejak saya tiba di kelab ini. Pada babak kedua, kami hilang tumpuan, hilang arah, bermain terlalu lembab dan perlahan,” kata Ancelotti.

“Sebab itu saya tidak gembira. Kami bermain selama 90 minit tanpa arah dan konsentrasi. Keputusan perlawanan tidak penting tetapi pemain perlu mempamerkan kualiti.

“Kami ada peluang untuk mencatat kemenangan, tetapi pemain tidak beraksi dengan baik. Apoel memang layak seri dengan kami.”

Pengurus The Blues itu juga bimbang dengan kecederaan hamstring yang menimpa Michael Essien, sekali gus memaksanya diketepikan pada pertemuan dengan Averton dalam Liga Perdana England Sabtu ini.

Satu-satunya pemain Chelsea yang terlepas daripada kemarahan Ancelotti itu ialah penyerang berusia 18 tahun, Gael Kakuta.

Tambah Ancelotti: “Kakuta satu-satunya pemain yang bermain dengan baik malam ini. Dia membuktikan bakatnya dan saya rasa dia akan menjadi pemain tonggak Chelsea pada masa hadapan

Baca Selanjutnya...

Owen kembali dapat sentuhan


Alex Ferguson memuji Michael Owen selepas penyerang tersebut memberi mesej peribadi kepada jurulatih England, Fabio Capello dengan jaringan hatriknya.

Alex Ferguson memuji Michael Owen selepas penyerang tersebut memberi mesej peribadi kepada jurulatih England, Fabio Capello dengan jaringan hatriknya.

Manchester United menewaskan Wolfsburg 3-1 kelmarin untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan B.

Owen membuktikan bahawa dengan prestasinya itu, dia sepatutnya berada dalam senarai skuad England ke Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

“Sudah banyak kali Michael membuktikan bahawa dia adalah salah seorang penyerang terbaik di England ketika ini,” kata Ferguson.

Owen telah membuat lapan penampilan buat United musim ini, namun Ferguson percaya prestasi pemain itu pagi kelmarin mampu membantunya merebut tempat dalam skuad utama Capello.

Tambah Ferguson: “Sudah pasti, kerana semuanya telah terbukti di atas padang dan Michael telah memberi yang terbaik malam ini (kelmarin).

“Prestasinya ketika latihan telah banyak meningkat dan saya gembira dengan persembahannya malam ini.”

Owen, 30, turut memuji aksi rakan sepasukannya di United.

“Aksi saya menjaringkan tiga gol ini sudah pasti akan menjadi perhatian, tetapi ia sebenarnya berpunca daripada kerja berpasukan yang menakjubkan,” kata Owen.

Ferguson terpaksa mengubah formasi kepada 3-5-2 dengan menurunkan pemain perancang, Darren Fletcher dan Michael Carrick bersama Patrice Evra di bahagian tengah pertahanan.

“Barisan pertahanan kami agak berisiko kerana perubahan sistem permainan. Tetapi kami mengubahnya untuk memastikan penyerang Wolfsburg, Grafite dan Edin Dzeko dapat dikekang,” kata Ferguson.

Baca Selanjutnya...

Bullard berehat dua bulan


midfielder Hull City Jimmy Bullard akan berehat enam hingga lapan minggu selepas mengalami kecederaan lutut di Aston Villa.


Bullard, Barclays Player of the Month for November, meninggalkan padang sambil menangis selepas landing awkwardly mengikuti cabaran dalam kekalahan 3-0 hari Sabtu lalu.

Cedera datang hanya dalam penampilan kelimanya sejak kembali daripada lapan bulan memberhentikan selepas surgery pada lutut yang lain.

Bullard dan Hull City merisaukan yang terburuk tetapi, setelah scan pada Rabu malam, pengurus Phil Brown lega cederanya tidak seserius pikiran pertama.
Baca Selanjutnya...

Chelsea mahu tebus kecewa



Chelsea mahu menggunakan aksi Liga Juara-Juara menentang Nicosia pagi esok untuk mengubat kekecewaan


Chelsea mahu menggunakan aksi Liga Juara-Juara menentang Nicosia pagi esok untuk mengubat kekecewaan selepas tewas kepada Manchester City, Sabtu lalu dalam saingan Liga Perdana England.

Chelsea berada di tangga teratas Kumpulan D ketika ini dan telah mengesahkan tempat beraksi ke pusingan kalah mati selepas mencatatkan empat kemenangan daripada lima perlawanan.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mahukan pemainnya mencatat kemenangan pada perlawanan ini bagi memulihkan semula semangat mereka selepas kekalahan 1-2 kepada City.

"Kami perlu menang walaupun sudah berjaya layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara. Kemenangan akan membantu mengembalikan keyakinan.

"Dalam saingan liga, kami sedang berada di puncak dengan memiliki kelebihan dua mata di hadapan Manchester United," katanya.

Pada aksi esok, kapten John Terry bakal diketepikan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan menentang City, namun Ancelotti menjangkakan dia akan kembali beraksi menentang Everton pada Sabtu depan.

Ancelotti pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara ketika bersama kelab AC Milan pada tahun 2003 dan 2007 selain mara ke peringkat akhir pada tahun 2005.

Setakat ini Chelsea hanya bolos dua gol dalam lima perlawanan peringkat kumpulan dan rekod tersebut tetap mahu dipertahankan.

Walaupun aksi esok tidak begitu penting buat Chelsea tetapi membawa makna yang besar kepada lawan mereka itu.

Andai perlawanan ini berkesudahan seri, Nicosia berpeluang melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya Porto menewas- kan Atletico Madrid dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Baca Selanjutnya...

TABLE WEEK 15






Baca Selanjutnya...

KEPUTUSAN PENUH UNTUK MINGGU-15 DAN JADUAL PELAWANAN MINGGU-16






Baca Selanjutnya...

Kalou Injured 2 Minggu


Kalou Injured 2 Minggu


Salomon kalou memerlukan rehat selama 2 minggu dari sekarang.Kalou mendapat kecederaan di bahagian pehanya yang dialami olehnya ketika menetang Blackburn dalam suku akhir Piala Liga kelmarin.

Pihak Chelsea telah memastikan bahawa Kalou tidak akan beraksi pada hari sabtu ini menetang ManCity.

"Cedera yang dialaminya di bahagian paha kirinya itu tersebut bakal membuatnya cedera selama 2 minggu," hal ini dikhabarkan oleh web rasmi Chelsea.

Berita buruk ini pastinya menyedihkan chelsea dan fans kerana Kalou tidak akan beraksi juga menetang APOEL Nicosia serta dua perlawanan yang lain iaitu menetang Everton dan Portsmouth.

Baca Selanjutnya...