09 December 2008

Heskey akan bincangkan isu kontrak.


Penyerang England, Emile Heskey akan mengadakan perbincangan dengan pengerusi Wigan, Dave Whelan mengenai masa depannya di Stadium JJB.

Kontrak Heskey bakal luput pada akhir musim ini dan boleh meninggalkan kelab secara bebas, dengan pengurus Steve Bruce menegaskan pemain yang berusia 30 tahun itu tidak sepatutnya meninggalkan kelab pada Januari untuk yuran yang rendah.

Sementara itu, terdapat banyak spekulasi tentang destinasi Heskey jika beliau memilih untuk meninggalkan kelab itu setelah mempamerkan prestasi cemerlang untuk kelab dan negaranya.

Whelan pernah bercakap dengan Heskey pada musim panas, tetapi sejak itu mereka tidak mengadakan perbincangan untuk masa depan pemain itu.

1 comment:

utusanLFC said...

sheikh.... kata nak tukar tukar link. Gua dah bubuh link blog ni dalam utusanlfc. Tapi gua tak nampak pun gua punya. hehehe... SALAM!