15 December 2008

Newcastle keluar dari zon relegasi

Michael Owen menyambut hari jadinya yang ke-29 dengan membantu Newcastle melakar kemenangan menentang Posrtsmouth yang melonjakkan pasukan Magpies keluar dari zon relegasi.

Owen menjaringkan gol pada minit ke 52 dalam perlawanan yang menarik di Franton Park sebelum Obefami Martins dan Danny Guthrie melengkapkan kemenangan pertama Newcastle dalam lima perlawanan yang turut menjadi kemenangan pertama mereka di tempat lawan.

Percubaan Martins turut terkena palang gol pada separuh masa pertama namun, Pomey, terutama Jermain Defoe akan berasa kesal kerana terlepas banyak peluang menjaringkan gol.

Portsmouth kini telah diblosi 13 gol dalam enam perlawanan dalam semua kejohanan.

No comments: