23 January 2009

Drogba berhasrat membuktikan kemampuannya.

Didier Drogba berhasrat mendapatkan semula posisinya dalam kesebelasan utama pasukan Chelsea walaupun masa depannya di Stamford Bridge makin dipersoalkan.


Penyerang Ivory Coast yang disingkirkan dari skuad Luiz Felipe Scolari dalam dua perlawanan, telah dijangka kembali dalam skuad utama saingan Piala FA menentang pasukan liga Coca-Cola Ipswich pada hari sabtu.

Masa depan Drogba semakin dipersoalkan kini setelah pemain itu dikatakan akan dipindahkan kepada Manchester City sebagai umpan untuk membawa masuk penyerang Brazil Robinho.

Scolari telah dijangka menandatangani pemain berusia 25 tahun itu musim lalu namun hanya untuk pemain itu berpindah ke City dengan harga £32.5 juta pada hari terakhir musim perpindahan.

2 comments:

utusanLFC said...

Buat la apa saja keputusan Drogba. Malam tadi, dia dengan mudah ditewaskan oleh Carragher. Dia bukan lagi Drogba yang kita selama ini. Badan dan kontrak dia mungkin kat Chelsea tapi hati dia kat Milan. Apapun, Liverpool patut merayakan kemenangan lama tadi, serentak dengan cuti umum Hari Wilayah hari ini. Yeahuuuu

uNCLe Joe said...

aiseh bro,
wa dok Terengganu nih
tak cuti langsung ahad dan isnin...
biasa kalau bercuti/ponteng nih bila time berkabung LFC kalah je...

betul la..
Drogba yang dulu memang digeruni..
Carra memang selambe je dia dummy