03 February 2009

Baggies menandatangani Mulumbu

West Brom telah menandatangani pemain tengah Youssouf Mulumbu secara kontrak pinjaman sehingga akhir musim dari kelab Paris St Germain.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Kinshasa dan pernah beraksi sebanyak tujuh kali untuk pasukan kebangsaan Congo, menjadi pemain ketiga yang dibeli oleh Baggies bulan ini selepas Jay Simpson dan Marc-Antoine Fortune, yang telah ditandatangani secara pinjaman.

Mulumbu telah menandatangani kontrak pertamanya bersama PSG pada tahun 2006 dan telah beraksi 68 perlawanan bagi kelab liga Perancis itu sambil menjaringkan satu gol.

Mulumbu telah menghabiskan musim lalu di kelab liga kedua Perancis Amiens secara pinjaman dan telah bermain 23 perlawanan.

No comments: