04 February 2009

Arshavin melengkapkan perpindahan Arsenal.

Arsenal telah mengumumkan penandatangani pemain Rusia Andrei Arshavin.

Arshavin telah bersetuju dengan perpindahan dengan kelab lamanya Zenit St Petersburg, pada minit-minit terakhir tempoh perpindahan musim ini pada hari Selasa dan terpaksa menunggu sehingga hari Rabu untuk mendapat tahu sama ada perpindahan tersebut diiktiraf oleh Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 27 itu telah menyertai pasukan gunners dengan wang perpindahan yang tidak dinyatakan, dimana kontrak itu dikatakan bagi jangka masa panjang.

Arsenal terpaksa menunggu untuk menamakan Arshavin sebagai pemain mereka sehingga lewat tengahari pada hari Rabu kerana beberapa perpindahan sedang dijalankan dalam pemeriksaan oleh badan Liga Perdana untuk disahkan kerana masalah salji memburukkan keadaan lalu lintas di London.


No comments: