04 February 2009

Benitez mahu mengatasi Blues.

Peluang Liverpool untuk menewaskan pasukan Everton dalam saingan Piala FA esok semakin cerah berikutan kemenangan mereka keatas Chelsea minggu lalu, mengikut kata pengurusnya Rafael Benitez.

Pasukan Anfield itu akan menghadapi perlawanan ulangan saingan pusingan keempat di Goodison Park, dengan pertembungan menentang Aston Villa atau Doncaster menunggu pemenangnya.

Benitez mengakui prestasi Liverpool terumbang ambing beberapa minggu ini, walaupun mereka tidak tewas dalam 16 perlawanan setakat ini dalam semua kejohanan.

Beberapa keputusan seri, termasuk dua menentang Everton bulan lalu, menunjukkan Liverpool tidak konsisten dalam persembahannya.


No comments: