25 July 2009

Degen azam bukti kemampuannya.


Meskipun siri perlawanan persahabatan pasukan Liverpool dalam jelajah Asia belum mendatangkan kemenangan untuk mereka, pemain pertahanan Switzerland, Philip Degen berasa segalanya berjalan lancar baginya dan kelab itu.

Dengan ketiakpastian dalam skuad, terutamanya barita tentang kemungkinan besar beberapa pemain utama pasukan itu dijual, terutamanya Xabi Alonso ke Real Madrid, Rafa Benitez boleh menarik nafas lega melihatkan kehadiran semula Philip Degen bermain untuk kelab itu.

Degen Diperolehi menerusi perpindahan percuma dari Borussia Dortmund tahun lalu namun tidak dapat beraksi sebanyak yang diingininya setelah kecederaan melanda.

Degen dijangka akan mendapat peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Singapura pada hujung minggu ini.

"Musim lalu adalah amat mengecewakan disebabkan oleh kecederaan. Namun, saya sudah kembali sihat dan telah berlatih dengan keras pada pra-musim. Saya belum 100% cergas, namun keadaan saya semakin baik dari hari ke hari," katanya.

"Kekerapan saya mendapat kecederaan musim lalu amat mengecewakan dan saya tahu sesetengah penyokong berpendapat saya seorang pemain yang kerap cedera," ujarnya.

"Oleh itu saya berazam membuktikan saya bukan pemain sebegitu. Permulaan saya di kelab baru adalah tidak lancar pada musim lalu. Maka saya melihat musm akan datang sebagai permulaan sekali lagi," katanya lagi.

Benitez sebelum ini telah membelanjakan GBP17 juta untuk pemain bek dari Portsmouth, Glen Johnson yang secara langsung akan menjadi saingan Degen di posisinya.


No comments: