25 July 2009

Adebayor salahkan penyokong Arsenal sebagai sebab pemergiannya.


Pemain terbaru Manchester City, dan bekas pemain Arsenal, Emmanuel Adebayor telah menyalahkan para penyokong Arsenal sebagai sebab dia meninggalkan kelab London itu.

Pemain kebangsaan Togo itu telah dikecam oleh segenap penyokong Arsenal setelah berita tentang spekulasi perpindahannya muncul di akhbar.

AC Milan merupakan salah satu pasukan yang dikatakan berminat, namun perpindahan ke kelab Itali itu tidak menjadi kenyataan.

Adebayor mendakwa reaksi penonton telah memastikan bahawa dia meninggalkan kelab itu sebelum bermulanya musim baru, dan bersesuaian dengan tawaran dari Manchester City bernilai GBP25 juta yang diserahkan kepada Arsenal untuknya.

"Cara mereka melayan saya adalah tidak beretika dan tidak adil. Saya telah memberikan yang terbaik untuk kelab dan saya tidak faham sebab saya dilayan sedemikian," katanya.

"Saya telah menjaringkan 30 gol dalam satu musim, maka tidak hairan jika saya diingini oleh AC Milan, Barcelona ataupun Real Madrid," tegasnya lagi.

Kehadiran Adebayor ke Man City bersama Roque Santa Cruz dan Carlos Tevez melihatkan keinginan pasukan itu untuk memecah monopoli 4 pasukan teratas liga dan semestinya menambahkan kerancakan persaingan musim depan.


No comments: