24 July 2009

Huntelaar kembali jadi sasaran Tottenham.


Tottenham telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belanda, Klaas-Jan Huntelaar, setelah pemain itu menolak tawaran perpindahan ke kelab Jerman, Stuttgart.

Pemain Kebangsaan Belanda itu tidak lagi diperlukan Real Madrid setelah pasukan itu mendapaptkan beberapa pemain ternama di bahagian serangan, termasuk Karim Benzema, Kaka dan Cristiano Ronaldo baru-baru ini.

Tottenham sebelum ini nampaknya telah berputus asa setelag Real Madrid dikatakan mencapai persetujuan dengan Stuttgart untuk menjual Huntelaar dengan nilai GBP15 juta.

Pengurus Besar Stuttgart, Horst Heldt berkata bahawa Stuttgart bersedia membeli Huntelaar kerana mereka percaya dia seorang pemain berkualiti yang boleh membantu kelab itu maju ke hadapan.

Namun, mereka kini keberatan kehilangan pemain itu yang telah secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak ingin bermain untuk kelab Jerman itu.

Sementara itu, pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata "Dia seorang penjaring yang berkaliber. Sayaa masih berminat mendapatkannya,".

"Kami peka dengan kehadiran kelab Stuttgart untuk mendapatkan pemain tersebut, namun, masih berharap kami dapat melakukan sesuatu untuk mendapatkannya," tegas beliau lagi.

No comments: