24 July 2009

Liverpool sedia jual Arbeloa ke Madrid


Real Madrid dijangka akan dapat memeterai perjanjian mendapatkan pemain bek kelahiran Sepanyol kelab Liverpool, Alvaro Arbeloa.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Liverpool setelah kelab itu membeli Glen Johnson dari Portsmouth baru-baru ini.

Bersama Xabi Alonson, Arbeloa menjadi sasaran Real Madrid dalam usaha mereka megubah wajah pasukan kelab tersebut, berikutan perlantikan Presiden Kelab baru, Florentino Perez.

Namun Madrid mendakwa Arbeloa bukan sasaran utama mereka dan dianggap sebagai sasaran kedua.

Liverpool dikatan menilai pemain tersebut sebanyak kira-kira GBP8 juta,namun Madrid dikatakan menjangkakan nilai dalam lingkungan GBP3.5 juta.

Arbelo mempunya baki satu tahun lagi dalam tempoh kontraknya dan boleh meninggalkan kelab The Reds itu apabila kontraknya tamat musim depan.

Spekulasi mengatakan bahawa perpindahan dan nilai Arbeloa banyak bergantung kepada perpindahan Alonso ke Madrid, dan dipercayai Madrid tidak akan terburu-buru memeterai perjanjian untuk pemain tengah Sepanyol itu.

No comments: