10 December 2009

Ancelotti naik angin


Carlo Ancelotti melepaskan kemarahan terhadap anak buahnya selepas menyaksikan Chelsea dikejutkan kelab kerdil dari Cyprus, Apoel Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Carlo Ancelotti melepaskan kemarahan terhadap anak buahnya selepas menyaksikan Chelsea dikejutkan kelab kerdil dari Cyprus, Apoel Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Pengurus The Blues itu melabel aksi pemainnya itu sebagai yang terburuk pernah dipamerkan sejak di bawah kendaliannya apabila kesilapan John Obi Mikel membuka peluang Apoel Nicosia menyamakan kedudukan 2-2 pada lewat permainan.

“Ia adalah aksi terburuk pernah saya lihat sejak saya tiba di kelab ini. Pada babak kedua, kami hilang tumpuan, hilang arah, bermain terlalu lembab dan perlahan,” kata Ancelotti.

“Sebab itu saya tidak gembira. Kami bermain selama 90 minit tanpa arah dan konsentrasi. Keputusan perlawanan tidak penting tetapi pemain perlu mempamerkan kualiti.

“Kami ada peluang untuk mencatat kemenangan, tetapi pemain tidak beraksi dengan baik. Apoel memang layak seri dengan kami.”

Pengurus The Blues itu juga bimbang dengan kecederaan hamstring yang menimpa Michael Essien, sekali gus memaksanya diketepikan pada pertemuan dengan Averton dalam Liga Perdana England Sabtu ini.

Satu-satunya pemain Chelsea yang terlepas daripada kemarahan Ancelotti itu ialah penyerang berusia 18 tahun, Gael Kakuta.

Tambah Ancelotti: “Kakuta satu-satunya pemain yang bermain dengan baik malam ini. Dia membuktikan bakatnya dan saya rasa dia akan menjadi pemain tonggak Chelsea pada masa hadapan

No comments: