18 December 2009

Chelsea menang nasib


LAMPARD (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi menentang Portsmouth di Stamford Bridge kelmarin.


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya bernasib baik selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot, Portsmouth dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Jaringan penalti Frank Lampard pada minit ke-79 berjaya menghadiahkan kemenangan pertama buat The Blues dalam lima perlawanan.

"Ia bukan tugas yang sempurna, tetapi sudah cukup baik buat kami. Kami mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan dan tidak memiliki keyakinan untuk mencipta kemenangan," jelas Ancelotti.

Nicolas Anelka meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-23, namun Frederic Piquionne menyamakan kedudukan 1-1 sebelum rehat.

Pertahanan The Blues, Branislav Ivanovic kemudian dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Portsmouth, Marc Wilson dan Lampard dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan Chelsea terus mengungguli kedudukan liga.

Ancelotti turut memuji Lampard kerana berjaya menjaringkan penalti tersebut selepas dia gagal melakukannya ketika tewas 1-2 kepada Manchester City dua minggu lalu.

"Saya percaya kepada Frank kerana dia bagus dalam sepakan penalti," kata Ancelotti.

"Jaringan penaltinya sangat bagus malam ini (kelmarin) kerana ia bukannya mudah. Tekanannya sungguh hebat dan dia berjaya melakukannya dengan baik.

No comments: