25 July 2009

Crouch kembali ke Reds?


Liverpool kini termasuk dalam senarai kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tinggi lampai, Peter Crouch dengan tawaran bernilai GBP12 juta.

Sebelum ini, pemain itu dijangka akan ke Tottenham setelah menolak tawaran dari Sunderland.

Namun setelah dilanda masalah kecederaan pemain pertahanan, mereka dijangka akan mengutamakan pencarian untuk seorang pemain pertahanan untuk mengisi kekosongan yang muncul.

Fulham juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Apa yang mengejutkan ialah Liverpool telah menjual pemain itu kepada Portsmouth dengan yuran perpindahan bernilai GBP11 juta musim lalu.

Namun setelah muncul berita yang mengatakan bahawa penyerang Ukraine Liverpool Andriy Veronin bakal dijual, spekulasi Crouch muncul semula, lebih-lebih lagi setelah Benitez diberitakan melihat perkembangan mengenai peluangnya mendapatkan Crouch.

Selain itu, Benitez sedang bersaing dengan Aston Villa bagi mendapatkan khidmat pemain pertahanan Portsmouth, Sylvain Distin.

Tawaran Aston Villa bernilai GBP2.5 juta untuk pemain itu telah ditolak Portsmouth dan Benitez dijangka akan menyaingi segala tawaran yang dibuat pengurus Aston Villa, Martin O'neill untuk pemain kebangsaan Perancis itu.


No comments: