24 July 2009

Kontrak baru untuk Mikel.


Pemain tengah kelahiran Nigeria kelab Chelsea John Obi-Mikel telah menandatangani perjanjian untuk melanjutkan kontraknya dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu, selama lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang tiba di Chelsea pada tahun 2006 dari kelab Norway, Lyn Oslo telah menyerlah di kedudukan pemain tengah pada musim lalu.

Mikel berkata bahawa keputusn untuk melanjutkan kontraknya dengan Chelea adalah mudah kerana dia gembira bermain untuk kelab itu, ditambah dengan hubungan baiknya dengan kelab London itu.

Dia percaya dia akan dapat bermain dengan lebih baik di bawah kendalian Carlo Ancelotti, sama seperti di bawah kendalian Guus Hiddink dan Luis Scolari sebelum ini.

Mikel kini berada di Amerika Syarikat bersama pasukan itu yang kini dalam jelajah Amerika dalam siri perlawanan persahabatan mereka, ditambah langkah promoso bolasepak Eropah di benua Amerika.

Dia kini dalam proses mendapatkan kecergasan menjelang permulaan musim terbaru dan telah bermain dalam perlawanan persahabatan terbaru, menentang pasukan Inter Millan, di mana Chelsea telah menanng 2-0.

Dia juga berkata dia sedang cuba menyesuaikan dirinya dengan formasi baru pasukan itu, dalam langkahnya menyesuaikan peranannya dalam taktik pengurus baru, Carlo Ancelotti.


No comments: